Daim: Saya sokong Tun M, tapi... - Semasa | mStar

Daim: Saya sokong Tun M, tapi...

Gambar fail Daim Zainuddin.

PEKAN: Tun Daim Zainuddin mengisytiharkan kesetiaannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi memberitahu ia tidak bermakna beliau mahu mengambil jawatan menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14.

"Selagi saya mempunyai nyawa dalam badan saya, saya akan menyokong Dr Mahathir. Saya tidak perlu menjadi menteri," kata bekas menteri kewangan itu semasa lawatannya ke Pekan bersama Dr Mahathir pada Khamis.

Dr Mahathir membuat lawatan singkat di kawasan kerusi parlimen yang disandang Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi berkempen membantu calon Pakatan Harapan di sini.

Beliau kemudian beredar selepas memberikan ucapan, tetapi Daim tidak berganjak dan bercakap kepada para penyokong.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan akan membatalkan semua projek mega yang diusahakan bersama China, Daim berkata, dakwaan tersebut tidak benar.

"Kita perlu mengkaji semula projek-projek ini dan menerima yang baik sahaja. Jangan beritahu saya yang anda mahu terima projek yang akan menyebabkan kerugian?" katanya.

Daim berkhidmat sebagai menteri kewangan semasa di bawah kepimpinan Dr Mahathir, dari 1985 hingga 1991 dan sekali lagi dari 1999 hingga 2001.

Daim Zainuddin , Dr Mahathir Mohamad

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu