suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laluan S'pura-KL rangkaian udara paling sibuk di dunia

Gambar dari Bloomberg.

SINGAPURA: Laluan Singapura-Kuala Lumpur adalah rangkaian udara paling sibuk di dunia, dengan sejumlah 30,537 penerbangan direkod antara kedua-dua bandaraya dalam tempoh 12 bulan yang berakhir pada Februari 2018, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan akhbar Straits Times.

Menurut laporan Straits Times pada Jumaat memetik kenyataan konsultan industri penerbangan OAG, laluan Singapura-Kuala Lumpur diikuti rangkaian udara antara Hong Kong dan Taipei serta Singapura dan Jakarta, yang masing-masing mempunyai 28,887 dan 23,704 penerbangan bagi tempoh sama.

Pengarah Jualan Serantau OAG bagi Jepun dan Asia Pasifik, Mayur Patel, berkata 14 daripada 20 laluan paling sibuk di dunia, termasuk lapan daripada 10 tempat teratas, adalah antara bandar raya di Asia.

Suasana di Terminal 4, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. - Reuters

Artikel Lain