suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Tinggi tolak saman Tian Chua

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua (gambar) gagal memulakan prosiding undang-undang untuk membatalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang yang menolak penamaannya daripada bertanding kerusi di Parlimen Batu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara pada Jumaat.

Nordin membatalkan saman Chua atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesahihan keputusan pegawai pengurus SPR untuk menolak pencalonannya.

Beliau berkata, Chua harus memfailkan bantahannya melalui petisyen pilihan raya.

Pada Isnin, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang memfailkan saman untuk membatalkan keputusan tersebut.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada Rabu itu, menamakan pegawai pengurus SPRn Anwar Md Zain dan SPR sebagai responden.

Tian Chua

Artikel Sebelum

Artikel Lain