suria

Datang Nak Riadah, Tapi Sesat Di Bukit Pelindung

Kesemua pelajar datang ke kawasan Bukit Pelindung untuk beriadah sebelum lima daripadanya sesat. - Gambar hiasan/ Otaiholbb Wad

KUANTAN: Lima penuntut Kolej Komuniti Kuantan berhadapan detik cemas selepas sesat ketika mendaki Bukit Pelindung, di sini lewat petang Khamis.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Nazaruddin Ab Malek berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pensyarah mereka pada pukul 6.55 petang yang memaklumkan kejadian yang berlaku.

Menurutnya, semua penuntut berkenaan mula memanjat bukit berkenaan kira-kira pada pukul 5.30 petang manakala pensyarah dan rakan-rakan lain hanya berada di kawasan kaki bukit.

"Mereka semua datang ke kawasan bukit tersebut untuk beriadah sebelum lima orang daripadanya iaitu empat orang penuntut lelaki berusia 19 tahun dan seorang penuntut wanita berusia 20 tahun itu pergi mendaki.

Selepas sejam, kesemua mangsa menyedari mereka sesat dan menghubungi pensyarah bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

"Pihak bomba tiba pada pukul 7.03 malam dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak bukit dan mencari semua mangsa di lokasi mengikut petunjuk yang diberikan oleh mereka, kata Nazaruddin.

Katanya, kelima-lima mangsa berjaya dikeluarkan dari hutan di bukit itu dalam keadaan selamat sebelum pukul 8 malam Khamis.

Bukit Pelindung merupakan lokasi popular dalam kalangan penduduk Kuantan untuk beriadah pada waktu petang. - Bernama

Bukit Pelindung, sesat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain