suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakaian Tidak Patut Jadikan Isu Gangguan Seksual - Khairy

KUALA LUMPUR: Pakaian seseorang wanita tidak harus dijadikan sebagai alasan berlakunya isu gangguan seksual, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kebanyakan  wanita menjadi mangsa dalam isu itu dan adalah tidak wajar pelbagai alasan dipindahkan terhadap mereka.

Katanya beliau secara peribadi memandang isu gangguan seksual sebagai perkara serius, yang jika tidak ditangani, boleh menjadi jenayah.

"Saya secara peribadi setuju dengan cadangan supaya (Akta Gangguan Seksual) ini digubal oleh kerajaan...walaupun beberapa peruntukan dapat digunakan terhadap mereka yang lakukan kesalahan ini di bawah Kanun Keseksaan, namun kita perlu satu akta khusus.

“Perkara ini juga mendapat perhatian saya sebagai menteri, kerana terdapat beberapa kes sehingga membawa kejadian rogol," katanya semasa berucap menggulung perbahasan pada persidangan Parlimen Belia Malaysia di sini, Khamis. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain