suria

Model Bogel Terjatuh Apartment Mungkin Dibunuh?

Foto: Facebook

SEORANG model ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai terjatuh dari balkoni sebuah apartmen di Dang Wangi Disember lalu dipercayai dibunuh.

Menurut laporan Daily Mail, polis tempatan mengklafikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut akibat mabuk, namun penyiasatan persendirian menemui bukti berbeza.

Ivana Smith, 18, seorang model kelahiran Belanda terjatuh dari tingkat 20 sebuah aparment milik sepasang suami isteri, Alexander Johnson,45 dari Amerika Syarikat dan Luna dipercayai model dari Indonesia.

Penyiasat persendirian dari Britain, Mark Williams-Thomas mendedahkan dia menemui sesuatu yang menunjukkan kematian itu sebagai homisid.

Turut didedahkan beberapa keping gambar Ivana beberapa jam sebelum ditemui mati.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lif apartment itu selepas pulang dari sebuah kelab.


Sementara itu pakar patologi Belanda, Frank van de Goot yang menjalani post-mortem kedua ke atas Ivana memberitahu, keadaan di tempat kejadian yang tidak ada kesan darah, menyebabkan timbul syak bahawa model itu telah mati sebelum terjatuh.

Ivana didapati mempunyai lebam di bahagian lengan bukan disebabkan terjatuh, jelas Van de Goot kepada Telegraaf.

Pada pukul 7.30 pagi  hari kejadian (7 Disember), Ivana telah menghantar gambarnya swafoto bersama Luna.

Swafoto Ivana (kanan) dan Luna.

Polis percaya dua jam kemudian, Ivana dipercayai terjatuh ke bumbung tingkat enam apartment itu.

Dia ditemui pukul 3 petang dalam keadaan bogel.

Keputusan autopsi mendapati badannya mempunyai kesan alkohol dan ekstasi.

Manakala autopsi kedua, menemui kokain.

"Saya nampak ada lebam dilehernya, kesan jari serta seolah-olah ada seserang yang menariknya ke sana," jelas bapa mangsa Marcel Smith kepada Algemeen Dagblad.

Selain itu, Johnson yang merupakan pengasas Everus World, syarikat mata wang berpengkalan di Kuala Lumpur menafikan terlibat dalam insiden tersebut.

Johnson mendedahkan dia masih tidur di antara pukul 10 pagi hingga tiga petang pada hari kejadian, manakala isterinya keluar menghantar anak merka berusia nempat tahun ke sekolah.

Model, Jatuh, Bogel

Artikel Lain