suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru Agama Didakwa Aib Kehormatan Tunang Melalui WhatsApp

PETALING JAYA: Seorang guru agama dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengaibkan kehormatan tunangnya melalui aplikasi Whatsapp, dua minggu lepas.

Mohammad Azizi Iqmal Abdullah, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abd Salim.

Mengikut pertuduhan, lelaki mualaf itu didakwa mengaibkan tunangnya yang berusia 37 tahun dengan menghantar mesej yang mengandungi perkataan mengaibkan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah di  Batu 13 1/2, Jalan Puchong, di sini, pada 9.15 malam, 28 Januari lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu kerana tiada penjamin yang hadir di mahkamah.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes. -- Bernama 



Azizi Iqmal, WhatsApp

Artikel Lain