suria

Istana Kelantan Tarik Balik Darjah Kerabat Tun M

PETALING JAYA: Istana Kelantan menarik balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penarikan pingat berkenaan dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi surat yang diterima Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Khamis.

Dr Mahathir menerima pingat tersebut pada tahun 2002.Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) , Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan Istana Kelantan menarik balik pingat Datuk Paduka daripada mereka.

Darjah yang dianugerahkan kepada dua pemimpin PAN itu ditarik balik Selasa lalu.

Wan Abdul Rahim dan Husam menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II).

Tun Dr Mahathir, Darjah Kerabat

Artikel Sebelum

Artikel Lain