suria

Premis Kotor, Tiada Lesen Berdepan Tindakan Kompaun MPK

Pemandangan laluan trafik dan premis-premis yang terdapat di Kuantan. - Gambar hiasan.

KUANTAN: Jabatan Kawalan Perniagaan dan Perlesenan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) giat mengadakan operasi bagi memastikan  semua premis perniagaan di negeri ini memperbaharui lesen.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, operasi semakan lesen itu bermula pada Isnin lalu sehingga 31 Januari ini.

Menurutnya, tindakan kompaun ke atas mana-mana premis yang tidak mempunyai lesen dan kegagalan memperbaharui lesen.

“Kita  beri tumpuan kepada operasi semakan lesen di kompleks membeli belah dan juga akan diperluaskan ke kawasan perniagaan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Operasi tersebut dilakukan menerusi kerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Izad memaklumkan, tindakan kompaun akan dikenakan ke atas mana-mana premis kotor dan pengendali makanan yang tidak memperbaharui kad kesihatan serta tiada kad kesihatan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis yang tidak mematuhi peraturan,” katanya. - Sinar Harian

MPK, SSM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain