suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Kaji Perkenal Undang-Undang Berita Palsu

KOTA BHARU: Kerajaan akan mengkaji bagi memperkenalkan  undang-undang  untuk mengekang berita palsu yang menjadi ancaman kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu perlu kerana rakyat boleh terpesong sehingga membenci kerajaan atau melakukan sesuatu seperti merusuh kerana terpengaruh dengan berita palsu.

"Kita tidak mahu berita palsu ini tersebar luas. Ini bukan bererti kita kawal internet, internet bebas lagi tetapi kebebasan itu mestilah ada dengan unsur kebertanggungjawaban," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama penjawat awam persekutuan dan negeri Kelantan di sini, Ahad.

Media melaporkan Perdana Menteri Britain, Theresa May mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Berita selanjutnya menyusul.



Internet, Najib

Artikel Lain