suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Adik Bekas Menteri Digeledah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah adik bekas menteri persekutuan di Putatan, dekat sini Selasa.

Menurut sumber, penggeledahan yang dilakukan sepasukan lima pegawai SPRM bermula pada  pukul 2.30 petang hingga 6 petang Selasa.

Kemudiannya pasukan SPRM kembali ke pejabat SPRM Sabah bersama-sama lelaki berkenaan serta beberapa dokumen.

Terdahulu, adik bekas menteri itu hadir di pejabat SPRM Sabah pagi Selasa bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah dianggarkan bernilai RM1.5 bilion. - BERNAMA

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia