suria

Mayat Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Ditemukan Di Semak

Mayat lelaki yang dipercayai maut akibat renjatan elektrik, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik ditemukan di kawasan semak berhampiran Bandar Megah Batu 8, dekat sini Ahad.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata lelaki dikenali sebagai Mukmin Aroddi, 31, ditemukan oleh orang awam pada kira-kira 4 petang dalam keadaan meniarap berhampiran dengan tiang elektrik di kawasan itu.

Enam anggota termasuk ketua operasi bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada 4.18 petang, katanya di sini.

Menurutnya Mukmin dikatakan telah keluar rumah pada Jumaat lepas tetapi tidak balik ke rumah.

Beliau berkata mayat lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

renjatan elektrik

Artikel Sebelum

Dilema Hidup Tan Woon Seng

Artikel Berikut

Artikel Lain