suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Baby Shark Dance’ Jangkiti Rakyat Malaysia

Selebriti tanah air turut terkena demam 'Baby Shark Dance'.

PETALING JAYA: Setelah reda demam single 'I Am Me' dendangan usahawan selebriti Datuk Seri Hamiza Othman yang mencetuskan fenomena di dalam dan luar negara, kini satu lagi lagu baharu sedang 'menjangkiti' rakyat Malaysia.

Selebriti tempatan turut terkena tempias dan 'terjebak' merakamkan video parodi lagu tersebut untuk dikongsikan bersama peminat menerusi laman sosial.

Lagu kanak-kanak berjudul 'Baby Shark Dance' itu yang mula diperkenalkan pada Jun 2016 menjadi semakin popular sejak awal bulan lalu.

Antara selebriti yang merakamkan video parodi tersebut ialah pengarah Erma Fatima, pelawak Jihan Muse dan Bell Ngasri, pelakon dan penyanyi lain seperti Nana Mahazan, Azrel Ismail, Idris Khan dan Akim Ahmad.

Lirik lagu 'Baby Shark Dance' itu mengisahkan tentang keluarga jerung yang turut disertai dengan beberapa gerakan tarian mudah.

Video Baby Shark Dance yang dimuat naik di Youtube pada Jun 2016.

Setakat ini, video tersebut yang dimuat naik di Youtube sudah ditonton sebanyak 223 juta kali.

Sebelum ini, lagu dari Korea bertajuk 'Gwiyomi', 'Kun Anta' dendangan penyanyi Kuwait dan 'Pen Pineaple Apple Pen' atau PPAP dari Jepun turut menjadi siulan rakyat negara ini.

Baby Shark Dance

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain