suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Pengarah FIC Dipanggil Beri Keterangan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil tiga pengarah Felda Investment Corp (FIC) untuk memberikan keterangan mereka berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching pada 2014.

Ketiga-tiga mereka dijangka memberikan keterangan pada pagi Selasa.

Sumber SPRM mengesahkan ketiga-tiga individu itu yang masih berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah FIC telah diminta untuk datang ke ibu pejabat suruhanjaya tersebut di sini.

Setakat ini, empat individu termasuk seorang pembantu kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

SPRM sedang menyiasat pembelian hotel itu kerana ia dipercayai dibeli melebihi harga pasaran sebenar.

Hotel itu dibeli oleh FIC pada harga RM160 juta.

FIC, SPRM

Artikel Sebelum

Gulai Lemak 'Pink'?

Artikel Berikut

Artikel Lain