suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Ditembak Mati Dalam Serbuan Dadah

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia ditembak mati oleh Agensi Narkotik Nasional Indonesia (BNN) semasa operasi serbuan dadah di Bengkayang, Kalimantan Barat.

Menurut laporan berita Indonesia, Ketua Pengawarah BNN, Arman Depari dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, dua suspek tersebut merupakan seorang rakyat Malaysia, Cheng Kheng Hoe dan Alwa, warga Indonesia.

Beliau berkata, tiga lagi ditahan kerana menyeludup serbuk kristal dipercayai dadah, dan penahanan dibuat selepas BNN menangkap seorang suspek dikenal pasti sebagai Ryan.

"Serbuk kristal itu diseludup dari Malaysia," kata Arman, sambil menambah bahawa agensi pencegahan narkotik itu merampas serbuk kristal seberat 17kg dari Ryan di Bengkayang.

Turut dirampas sebuah kereta Toyota Cayla dan beberapa telefon mudah alih.

Artikel Sebelum

PICKnGO Dilancarkan

Artikel Berikut

Artikel Lain