suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buaya 300kg Ditangkap Di Kinabatangan

KOTA KINABALU: Seekor buaya sepanjang enam meter berjaya ditangkap di ladang kelapa sawit dekat Sukau di Kinabatangan pada Isnin.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah, Kolonel Mulliadi AlHamdi berkata, buaya seberat 300 kilogram itu dikesan pekerja ladang pada pagi Isnin.

Beliau berkata, pasukannya menangkap haiwan itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang pekerja ladang.

Tambahnya, usaha menangkap buaya tersebut mengambil masa lebih dua jam dengan bantuan polis dan renjer Jabatan Hidupan Liar.

Buaya yang ditangkap itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain