suria

Suami Isteri Penjual Tempe Maut Dirempuh Kereta

- Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 86.8, Jalan Kota Tinggi-Kluang dekat Kluang tengah malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata Aziz Jaspir, 53, dan isterinya Haslinda Jalil, 47, meninggal di tempat kejadian.

Beliau berkata kejadian berlaku ketika mereka yang berniaga tempe dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Titiwangsa, Kluang.

Dipercayai kereta tersebut hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang dinaiki suami isteri terbabit, katanya.

Dua individu di dalam kereta itu turut cedera parah apabila kereta mereka berlanggar dengan batu dan dirawat di hospital.
penjual tempe, Mohamad Laham

Artikel Lain