suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penceramah Bebas Didenda RM900 Mengajar Tanpa Tauliah Di N.Sembilan

SEREMBAN: Seorang penceramah bebas didenda RM900 di Mahkamah Rendah Syariah pada Khamis, atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Senawang, malam Rabu.

Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor, membuat keputusan itu selepas Kadaryono Hafizh Nursalam, 62, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati mengajar agama tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah di surau Taman Alamanda, Senawang dekat sini, pada 8.27 malam tadi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2004, yang membawa hukuman denda maksima RM1,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pendakwa Syarie Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Zarul Izham Jaapar, meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.

"Seksyen ini juga digubal bertujuan mengawal penceramah dan mengelak penyebaran unsur-unsur yang tidak baik terutama di luar fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Hamizan kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM900 selepas tertuduh tidak mahu membuat rayuan.
Kadaryono yang tidak diwakili peguam, membayar denda tersebut.

Artikel Lain