suria

Tindakan Jamal Hanya Raih Populariti - Nur Jazlan

JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan tindakan pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos menyerbu pusat perjudian haram semata-mata mahu meraih populariti.

Nur Jazlan turut menasihatkan Jamal agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan tampil memberi maklumat berhubung aktiviti haram kepada pihak polis berbanding bertindak bertindak mengikut undang-undang sendiri.

"Jamal hanya meraih populariti apabila beliau menjemput pihak media mengikutnya menyerbu pusat perjudian haram.

"Jika Jamal mempunyai maklumat, beliau perlu memaklumkan pihak polis yang mempunyai unit khas untuk mengendalikan kes aktiviti perjudian haram," kata Nur Jazlan selepas merasmikan acara Pesta Memancing Sekampung di Sungai Skudai di sini, Sabtu.

Polis baru-baru ini memberi amaran kepada Jamal agar tidak bertindak membelakangi undang-undang atau bakal dikenakan tindakan tegas.

Jamal, yang merupakan Ketua Cawangan Umno Sungai Besar, mula menyerbu premis perjudian di Sekinchan selepas pihak majlis perbandaran tempatan menyita pusat peranginan beliau yang tidak mempunyai lesen.

Beliau berkata, jika pihak majlis perbandaran boleh menutup premisnya, mereka juga perlu mengambil tindakan sama terhadap aktiviti haram di kawasan tersebut.

Nur Jazlan Mohamed, Jamal Yunos

Artikel Berikut

Artikel Lain