suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

315 Saman JPJ Dikeluarkan Sepanjang Op Jalan

GAMBAR FAIL

KOTA BHARU: Sebanyak 315 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan dalam Op Jalan yang diadakan pada 24 hingga 26 Disember lalu.

Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapha berkata sepanjang tempoh itu juga lima kenderaan turut disita termasuk sebuah kenderaan klon.

"Di samping itu, sebanyak 54 buah bas ekspres telah diperiksa di Terminal Lembah Sireh di sini, di mana dua kes dikesan membabitkan kesalahan teknikal iaitu tayar tidak menepati spesifikasi dan larangan serta merta dikeluarkan kepada syarikat bas berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melaksanakan Op Jalan di Jalan Kuala Krai di sini, Jumaat malam.

Katanya Op itu akan diteruskan sehingga Isnin ini (2 Jan) sempena cuti Tahun Baru. - BERNAMA

JPJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain