suria

Jumlah Mangsa Banjir Terengganu Meningkat 250 Orang

Anggota Bomba dan Penyelamat memberikan jaket keselamatan kepada dua remaja yang cuba mengharung air banjir di Kampung Kolam pada 31 Disember 2016. - BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 250 orang daripada 63 keluarga tengah hari ini berbanding 212 orang daripada 54 keluarga pada awal pagi Sabtu.

Urusetia Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Left Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata dua pusat pemindahan baharu turut dibuka iaitu di Surau Kampung Hulu Lerek yang menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga.

"Satu lagi pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Surau Kampung Chenerong Leban, Durian Kassim yang menempatkan tujuh mangsa daripada tiga keluarga," katanya kepada Bernama.

Che Adam yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu berkata satu pusat pemindahan yang dibuka awal pagi tadi di Balairaya Kampung Bukit Kolam turut mencatat sedikit peningkatan iaitu 25 orang daripada lapan keluarga.

"Pusat pemindahan di Surau Kampung Bukit Ara pula kekal dengan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat pukul 12 tengah hari ini iaitu 170 mangsa daripada 35 keluarga.

"Dewan Sri Puteh di Kampung Tok Lawit turut kekal 32 orang daripada 13 keluarga," katanya.

Banjir Terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain