suria

Perlu Jalani Latihan Laksana Tugas Bersunat - KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Pengamal perubatan sama ada swasta atau awam perlu menjalankan latihan untuk melakukan kerja bersunat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pengawal perubatan swasta atau awam yang tidak menjalankan  latihan sedemikian.

Walaupun ia merupakan prosedur biasa, namun komplikasinya boleh menjadi teruk kepada pihak yang disunatkan, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada dua kes di mana kanak-kanak yang disunatkan dilapor mengalami komplikasi.

Kes pertama melibatkan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang bersunat di sebuah klinik di sini pada pertenghan bulan ini dan kes kedua melibatkan kanak-kanak berumur 10 tahun yang berlaku juga pada bulan ini di sini.

Bahagian sulit mereka dilapor terputus habis.

Dr Noor Hisham berkata setelah dibuat pembedahan, kedua-dua kanak itu boleh membuang air kecil, namun buat masa ini masih terlalu awal untuk menentukan kekurangan yang mungkin mereka alami apabila dewasa kelak. - BERNAMA

Noor Hisham Abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain