Pembantu Tabika Melecur Di Kepala Akibat Dapur Gas Meletup - Semasa | mStar

Pembantu Tabika Melecur Di Kepala Akibat Dapur Gas Meletup

Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU: Seorang pembantu tabika melecur di bahagian kepala dalam satu kebakaran di Taman Bimbingan Kanak-kanak Kemas, di Pengkalan Rinting, Tampoi, di sini, petang Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ibrahim Omar berkata dua jentera dan 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.04 petang. 

"Kami tiba di lokasi 10 minit kemudian namun kebakaran pada bahagian dapur itu telah dipadam oleh penduduk di kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Ibrahim, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, Fatin Farhana Abdullah, 44, cuba menutup api dapur gas tetapi berlaku letupan kecil hingga mencederakan dirinya. 

"Ketika kejadian dipercayai tiga orang berada di dalam premis berkenaan,"katanya. 

Ibrahim berkata mangsa kemudiannya dibawa oleh orang ramai ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menerima rawatan. 

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian. -Bernama

gas meletup , pembantu tabika cedera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain