Penduduk Malaysia 41.5 Juta Orang Pada 2040 - Semasa | mStar

Penduduk Malaysia 41.5 Juta Orang Pada 2040

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada 41.5 juta orang pada 2040, berbanding 28.6 juta pada 2010, kata Jabatan Perangkaan dalam laporan Unjuran Penduduk Malaysia (semakan semula) 2010-2040.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu, peningkatan penduduk adalah perlahan dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun daripada 1.8 peratus pada 2010 kepada 0.8 peratus pada 2040.

"Purata kadar pertumbuhan penduduk berkurangan 0.05 peratus setiap tahun," katanya.

Jabatan Perangkaan berkata Bumiputera menunjukkan peningkatan peratusan tertinggi sebanyak 4.8 peratus iaitu daripada 67.3 peratus pada 2010 kepada 72.1 peratus pada 2040.

Sementara itu, katanya nisbah jantina bagi 2010 adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan, meningkat kepada 108 pada 2020 dan tidak berubah sehingga 2040..

Jabatan Perangkaan berkata struktur umur penduduk pula boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu kumpulan umur muda (0-14 tahun), kumpulan umur bekerja (15-64 tahun) dan umur tua (65 tahun dan lebih).

"Umur penengah pada 2010 adalah 26.3 tahun meningkat kepada 38.3 tahun (2040) iaitu peningkatan sebanyak 12 tahun bagi tempoh 30 tahun," katanya.

Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada 2020 iaitu apabila peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai 7.2 peratus, kata Jabatan Perangkaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain