suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rizalman Pulang Ke Tanah Air Selepas Jalani Hukuman Penjara Di New Zealand

Muhammad Rizalman Ismail.

PETALING JAYA: Bekas Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail yang didapati bersalah kerana melakukan serangan tidak senonoh terhadap seorang wanita, dihantar pulang ke Malaysia dari New Zealand selepas menjalani hukuman penjara.

Menurut New Zealand Herald, seorang jurucakap polis New Zealand mengesahkan dua pegawainya telah mengiringi Rizalman dari Wellington ke Kuala Lumpur pada malam Khamis.

Laporan itu turut menyebut seorang jurucakap untuk menteri keadilannya, Amy Adams mengesahkan beliau mengeluarkan perintah pengusiran untuk menghantar Rizalman pulang ke Malaysia di bawah Akta Ekstradisi negara itu.

Pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Wellington menjatuhi hukuman penjara di rumah selama sembilan bulan terhadap Rizalman kerana menyerang gadis berusia 21 tahun, Tania Billingsley di kediamannya pada 9 Mei 2014.

Dia sebelum itu mengakui mengekori Billingsley pulang ke rumah dan menyerang mangsa pada November lalu selepas menafikan tuduhan awal iaitu cubaan rogol dan pecah rumah.

Rizalman berkhidmat sebagai Pegawai Waran II di Kedutaan Malaysia di Wellington ketika insiden itu berlaku.

Selepas insiden itu, dia pulang ke Malaysia pada 22 Mei 2014 bersama ahli keluarganya menggunakan imuniti diplomatik.

Rizalman akhirnya dihantar pulang pada 24 Oktober 2014 untuk dibicarakan di New Zealand.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hukum Jamal Bukan Umno

Artikel Lain