suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Bukit Gasing Bidas Kerajaan Selangor Lambat Sebar Maklumat Krisis Air

AHLI Dewangan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran membidas kerajaan Selangor kerana terlalu perlahan menyebarkan maklumat berkaitan krisis air kepada orang ramai.

Beliau juga menyarankan penubuhan pasukan pengurusan krisis di bawah Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB).

“CCSB perlu tingkatkan prestasi. Informasi yang disebarkan sangat lambat dan tidak meluas.

“Disebabkan penerimaan maklumat yang lambat, ia membenarkan penyebaran informasi kurang tepat dan menimbulkan spekulasi,” jelasnya.

Tambahnya, CCSB juga tidak mempunyai pegawai bertugas pada setiap masa untuk menyebarkan informasi terkini dengan betul kepada orang ramai.

“Selain penyebaran maklumat melalui radio dan akhbar, CCSB perlu menggunakan media sosial kerana ia lebih cepat diterima masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata dana yang diberikan kepada CCSB pada tahun depan bertujuan meningkatkan prestasi dalam pengendalian maklumat ketika krisis.

“Penambahbaikan ini bukan sahaja fokus pada media cetak tetapi juga kepada semua jenis media supaya maklumat dapat disebarkan lebih pantas,” jelas beliau.

Adun Bukit Gasing, CCSB, Selangor

Artikel Sebelum

Caj RM20 Beri Impak Operasi EDL

Artikel Lain