suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Destinasi Penerbangan Baharu, Pelancaran E-Dagang Tarik Pelancong China - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma (kiri) ketika majlis pelancaran Pavilion Pelancongan Alitrip Malaysia di China, Jumaat. Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kanan).

BEIJING: Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China, Malaysia memperkenalkan beberapa destinasi baharu dan laluan antara China dan Malaysia, dan satu platform e-dagang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia Airlines akan mengadakan penerbangan di lapan destinasi baharu dan 11 laluan penerbangan baharu mulai Januari 2017.

"Ini diterjemahkan menjadi 35 kekerapan tambahan (penerbangan) antara Malaysia dan China mulai Januari 2017," katanya semasa melancarkan Pavilion Pelancongan Alitrip Malaysia yang dibangunkan dengan kerjasama China's Alibaba.com di sini Jumaat.

Turut hadir pengasas dan pengerusi eksekutif kumpulan Alibaba Jack Ma, yang juga jutawan internet China.

Najib berkata antara laluan penghubung baharu itu adalah Nanjing, Haikou, Wuhan dan Fuzhou, dijangka berada di dalam laluan MAS dalam tempoh suku pertama tahun depan. - BERNAMA

China, Malaysia, e-dagang

Artikel Lain