suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kilang Sarung Tangan Getah Cemar Alam Sekitar Didenda RM25,000

SEREMBAN: Sebuah kilang membuat sarung tangan getah di kawasan Industri Arab Malaysian, Nilai dekat sini, didenda RM25,000 atas pertuduhan melepaskan efluen perindustrian melebihi had ditetapkan di Mahkamah Sesyen Seremban, Khamis.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dalam kenyataan di sini, hari ini berkata pengakuan bersalah itu dibuat Pengurus Kualiti Kilang Meditech Glove Sdn Bhd, Nurul Izwana Azman yang mewakili kilang itu di hadapan Hakim N. Kanageswari selepas pertuduhan dibacakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di PT 3345, Jalan Permata 1/3, Kawasan Industri Arab Malaysia, Nilai pada 12.50 pagi, 11 Mei lepas.

Kilang itu didakwa melanggar Seksyen 25 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu melepaskan efluen perindustrian melebihi had ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(a) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar negeri, Abdul Razak Yasin.

Syarikat itu membayar denda tersebut pada hari yang sama. - BERNAMA

Pencemaran, Denda

Artikel Lain