Nuan Nuan Mungkin Dihantar Pulang Ke China Apabila Usianya 2 Tahun - Semasa | mStar

Nuan Nuan Mungkin Dihantar Pulang Ke China Apabila Usianya 2 Tahun

Nuan Nuan. -fotoAFP
KUALA LUMPUR: Zoo Negara tidak merancang melanjutkan tempoh penyimpanan Nuan Nuan, anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China, selepas tahun depan.

Ini kerana kos tinggi yang perlu ditanggung jika dilanjutkan tempoh dua tahun yang ditetapkan dalam perjanjian antara Malaysia dan China, kata Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Seri Zaharin Md Arif.

"Mengikut perjanjian antara Malaysia dan China, kami perlu membayar kos sewa sebanyak US$600,000 (US$1 = RM4) secara 'one off' atas anak panda itu tidak termasuk premium insurans tahunan bernilai RM200,000.

"Namun demikian, kami akan berbincang dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan China Wildlife Conservation Association tentang perlanjutan tempoh simpanan anak panda itu pada bulan November nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan hari jadi ke-10 pasangan panda gergasi di Zoo Negara Selasa.

Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli berkata jika tempoh simpanan Nuan Nuan panda dilanjutkan, kos penyelenggaraan dan pengasingan ruang perlu diambil kira.

"Hal ini kerana tempoh 'relationship' antara ibu dan anak panda adalah di bawah dua tahun dan selepas itu anak panda akan diasingkan daripada ibunya untuk hidup berdikari...dan kontrak itu hanya boleh dilanjutkan selama dua tahun lagi," tambah beliau.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-10 kelahirannya, dua kek buah-buahan khas disediakan untuk Xing Xing dan Liang Liang di kawasan pameran Giang Panda Conservation Complex.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan majlis hari jadi pasangan panda gergasi itu.
Dr Mat Naim berkata Xing Xing dan Liang Liang serta anak mereka Nuan Nuan berada dalam keadaan sihat.

"Setakat ini berat badan mereka masih kekal dan tidak pernah menyusut iaitu Xing Xing pada 130kg, Liang Liang beratnya 109kg dan Nuan Nuan pula 31kg," katanya.

Pasangan panda gergasi itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain