suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Dalam Proses Untuk Saman Sarawak Report - Abdul Hadi

Abdul Hadi Awang.

KOTA BARU: PAS kini dalam proses untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan yang dibuat portal berita itu terhadap parti berkenaan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, proses tersebut diserahkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Lujnah Guaman parti.

"Proses untuk menyaman Sarawak Report sedang berjalan sekarang termasuk untuk melantik peguam (di London)," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Muslimah Antarabangsa Kelantan di sini, Isnin.

Baru-baru ini, portal berita yang berpangkalan di London itu mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, sekaligus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut. - Bernama

PAS, Abdul Hadi Awang, Sarawak Report

Artikel Lain