suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makmal Dadah Dibongkar Di Ampang, 12 Orang Ditahan

Gambar hiasan syabu.

KUALA LUMPUR: Polis membongkar sindiket pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan makmal dadah di Taman Ampang Utama, Selangor tengah Sabtu.

Serbuan yang dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu berjaya menahan 12 individu termasuk enam warga India serta merampas 15 kilogram syabu dan sepucuk pistol jenis Glock.

Kejayaan itu diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter rasminya pada Sabtu.  

"Syabas STING @PDRMsia bongkar Makmal dadah di Ampang. Tahan 12 orang (6warga India) rampas 15 kilogram syabu dan satu pistol Glock. #GoPDRMGo,"katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat KualaLumpur Samsol Maarif Saibani berkata 10 anggota dan pegawai dari Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) ke lokasi itu bagi memeriksa bahan yang diproses pada 1.05 tengah hari tadi.

Samsol berkata pemeriksaan pasukan unit Hazmat menemukan bahan seperti iodin, toluena, epidura, asid hidroklorik, fosforus merah dan aseton yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah jenis syabu.

"Tujuan pemeriksaan unit Hazmat adalah bagi memastikan risiko dan tahap keselamatan pendedahan bahan kimia adalah selamat untuk pasukan polis memasuki premis makmal dadah itu.

"Hasil pemeriksaan di kawasan makmal mendapati ia berada dalam keadaan selamat kerana bahan kimia disimpan dalam bekas yang tertutup," katanya.

eliau berkata kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias ketika dihubungi Bernama berkata akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat mengenai tangkapan itu. -Bernama

Makmal Dadah, Ampang

Artikel Lain