suria

Kerajaan Kelantan Beri Bantuan Khas Raya RM500 Kepada Penjawat Awam

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata tindakan itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembayaran bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam di peringkat pusat.

"Kita akan membuat pembayaran sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Orang Kurang Upaya (OKU) di Balai Islam Lundang di sini, Rabu malam.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada penghulu.

Ahmad bagaimanapun tidak menyatakan jumlah peruntukan yang ditanggung kerajaan negeri bagi bantuan-bantuan khas berkenaan.-- Bernama

Kelantan, RM500, Ahmad Yakob, Aidilfitri

Artikel Lain