suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laporan Dakwa Empat Lagi Rakyat Malaysia Diculik Di Sabah

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Filipina sedang mendapatkan pengesahan berhubung laporan penculikan membabitkan empat rakyat Malaysia di luar pantai Sabah dan didakwa dibawa ke Sulu pada pagi Khamis.

ABS-CBN memetik Ketua Polis Tawi-Tawi, Suprintenden Kanan Joselito Salido sebagai berkata, satu kumpulan suspek yang tidak dikenali didakwa membawa tawanan ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Stesen radio turut menyatakan bahawa Tentera Filipina Di Barat Mindanao sedang mendapatkan pengesahan berhubung maklumat berkenaan.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diperolehi.

Sumber pasukan keselamatan di Sabah berkata, mereka tidak mendengar sebarang berita berhubung perkara tersebut tetapi akan mendapatkan pengesahan dengan rakan sejawat mereka di Filipina sekiranya penculikan itu benar-benar berlaku.

April lalu, kumpulan Abu Sayyaf menculik empat rakyat Malaysia dari Sarawak dari sebuah kapal di pantai timur Sabah.

Keempat-empat mereka yang dijadikan tebusan di Jolo kemudiannya dibebaskan pada minggu lalu.

Artikel Lain