suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Roadrunner' Sesat Di Lebuhraya Persekutuan

PETALING JAYA: Seperti kebiasaannya laluan di Lebuhraya Persekutuan sentiasa penuh sesak khususnya di waktu puncak pada awal pagi dan selepas waktu kerja, selain ketika hujan lebat.

Namun lain pula situasinya pada petang Khamis apabila pemandu kenderaan terpaksa 'memberi laluan' kepada seekor burung unta.

Menerusi posting oleh seorang pengguna Facebook, Jeff Sandhu, kelihatan seekor burung unta berlari di laluan paling kanan Lebuhraya Persekutuan menghala ke arah pusat bandar Kuala Lumpur.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 25 saat yang dimuat naik, lokasi kelibat burung unta yang tidak diketahui asal usulnya itu dirakamkan berhampiran Stesen LRT Kerinchi dan susur keluar ke Kerinchi dan Bangsar.

Seorang pengguna Facebook, Ng Keng Fai menyifatkan gelagat burung unta itu seperti watak siri kartun popular, Roadrunner.

Sementara itu seorang lagi pengguna Facebook Miyeera Navaretna tertanya-tanya dari mana dan ke mana arah tujuan burung unta berkenaan.

Burung Unta

Artikel Lain