suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Nelayan Sekinchan Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Chee Yong disambut ahli keluarga dan juga penduduk Sekinchan sebaik tiba di jeti nelayan Pantai Rendang, petang Khamis.

SEKINCHAN: Penantian keluarga dua nelayan di pekan ini yang ditahan pihak berkuasa Indonesia Mac lepas, berakhir dengan penuh dramatik apabila mereka tiba di sini pukul 5.25 petang Khamis.

Chua Lee Teck, 45, dan Heng Chee Yong, 29, tiba di jeti Pandai Redang menaiki bot nelayan selepas dipindahkan daripada bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketika menaiki bot APMM dua nelayan itu ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang menaiki bot nelayan menyambut mereka di tengah laut dan mengiringi mereka ke jeti.



Pada 4 Mac lepas, pihak berkuasa Indonesia menahan Lee Teck dan Chee Yong serta merampas dua kapal pukat tunda Zon B yang dinaiki mereka.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembebasan kedua-dua nelayan itu selepas Presiden Indonesia Joko Widodo menandatangani surat pengampunan mereka.

nelayan, Sekinchan, Indonesia, APMM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain