suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permohonan Biasiswa India Dilanjutkan Sehingga 12 Julai

KUALA LUMPUR: Tarikh tutup untuk pelajar Malaysia mengemukakan permohonan untuk 20 biasiswa bagi mengikuti pengajian dalam perubatan tradisional di India dilanjutkan sehingga 12 Julai ini.

Suruhanjaya Tinggi India di sini, dalam kenyataan pada Rabu berkata pembiayaan pendidikan tersebut adalah di bawah Skim Biasiswa Ayurveda, Yoga & Naturopati, Unani, Siddha dan Homeopati (AYUSH) bagi sesi akademik 2016-2017.

Biasiswa bagi tempoh lima tahun setengah itu adalah termasuk yuran tuisyen, elaun sara hidup, geran kecemasan dan elaun sewa rumah.

Pemohon boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi Suruhanjaya Tinggi India (Bahagian Pendidikan) di talian 03-62052350 sambungan 203 atau e-mel di alamat [email protected]. -BERNAMA


Artikel Lain