KWSP Catat Penurunan 36.21 Peratus Suku Pertama 2016 - Semasa | mStar

KWSP Catat Penurunan 36.21 Peratus Suku Pertama 2016

KUALA LUMPUR: Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) susut 36.21 peratus kepada RM6.78 bilion pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2016, berbanding RM10.63 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata keadaan pelaburan pada suku tahun ini amat berbeza dengan suku tahun yang sama pada tahun lepas yang berupaya meraih pulangan lebih baik daripada pelaburan luar negara terutamanya dari pasaran ekuiti membangun yang menampung pasaran ekuiti domestik yang lemah.

"Suku tahun pertama tahun ini menyaksikan hampir kesemua pasaran ekuiti global, termasuk Bursa KLCI, mencatatkan kejatuhan seterusnya mengakibatkan pengurangan dari segi sumbangan pendapatan dari jumlah portfolio ekuiti kami.

"Berikutan itu, sumbangan dari aset global kepada jumlah pendapatan turun 22 peratus berbanding 47 peratus tahun lepas berikutan modal dan kadar pertukaran asing yang rendah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam suku tahun yang dikaji, ekuiti merangkumi 41.43 peratus jumlah aset pelaburan KWSP telah menyumbang RM2.55 bilion, mewakili 37.56 peratus daripada jumlah pendapatan.

Instrumen pendapatan tetap, mewakili 51.72 peratus daripada jumlah saiz pelaburan KWSP, muncul sebagai menyumbang utama kepada pendapatan bagi suku pertama.

Kelas aset ini menyumbang RM3.74 bilion kepada pendapatan pelaburan bersamaan 55.15 peratus pendapatan suku tahun. Sementara itu, Sekuriti Kerajaan Malaysia menjana pendapatan sebanyak  RM1.87 bilion dalam suku tahun yang dikaji, naik 9.80 peratus atau RM166.74juta.

Pinjaman dan mencatatkan pendapatan pelaburan RM1.87 bilion.

Pelaburan KWSP dalam instrumen pasaran wang yang kini berjumlah RM22.58 bilion, menyumbang RM110.25 juta kepada pendapatan.

Hartanah dan infrastruktur, yang merangkumi 3.54 peratus daripadakeseluruhan aset pelaburan, menjana pendapatan sebanyak RM377.84 juta.

"Kami sedang bersedia menghadapi tahun yang sukar di peringkat pasaranglobal dan domestik berikutan kemerosotan prestasi pulangan korporat dan pasaran yang dijangka akan berterusan.

"Keadaan ekonomi dunia, kadar pertumbuhan yang lembap dalam kalangan ekonomi utama serta pasaran ekuiti dan harga komoditi yang tidak menentu dijangka kekal sepanjang tahun ini.

"Adalah penting bagi kami untuk terus berdisiplin dalam mengekalkan pendekatan aset pelbagai dan kepelbagaian bagi membolehkan pencapaian objektif strategik kami," kata Shahril.-Bernama

KWSP , turun , suku tahun pertama 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain