suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Nafi Dihubungi Mana-Mana Pihak Berkuasa Asing

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelaskan bahawa ia belum dihubungi mana-mana pihak berkuasa asing mengenai perkara-perkara berkaitan syarikat itu.

Awal hari Selasa, dilaporkan pengawal selia kewangan Switzerland telah bersetuju kepada pengambilalihan dan pembubaran BSI Bank Ltd, yang terbabit dalam siasatan syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) pada hari yang sama juga telah mengarahkan bank swasta itu menutup operasinya di negara berkenaan.

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata, ia menyedari kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa di Switzerland dan Singapura pada Selasa.

"1MDB kekal komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa dan sejajar dengan protokol antarabangsa yang mengurus tadbir perkara tersebut.

"1MDB mengesahkan pemilikannya dalam pelbagai dana pelaburan tidak terjejas oleh pengumuman terbabit hari ini," tambah syarikat berkenaan.-Bernama

IMDB

Artikel Lain