Lelaki Serang Penjara Alor Setar, Lepaskan 10 Das Tembakan - Semasa | mStar

Lelaki Serang Penjara Alor Setar, Lepaskan 10 Das Tembakan

ALOR SETAR: Seorang warden penjara berdepan detik cemas selepas seorang lelaki tidak dikenali melepaskan enam das tembakan ke arahnya di balai pengawal dan empat das lagi di menara kawalan berhampiran dalam satu kejadian di Penjara Alor Setar di sini, Khamis malam.

Mohd Fitri Abdul Zaman, 31, berkata kejadian 10.45 malam itu berlaku ketika dia sedang bertugas di balai pengawal penjara itu sebelum menyedari kehadiran dua suspek lelaki yang menaiki motosikal.

"Masa kejadian saya sedang duduk di dalam balai pengawal sebelum menyedari sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki berhenti kira-kira 10 meter dari balai pengawal sebelum seorang daripada suspek turun dan melepaskan enam das tembakan.

"Suspek turut melepaskan empat das tembakan lagi ke arah dua pegawai yang berada di menara kawalan berhampiran. Selepas itu suspek terus menaiki motosikal dan beredar dari tempat kejadian," katanya.

Mohd Fitri berkata dia yang bertugas seorang diri di balai pengawal tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat meniarap semasa suspek melepaskan tembakan itu.

"Pegawai di menara kawalan juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Selepas suspek beredar, saya terus menghubungi pegawai penjara untuk memaklumkan kejadian dan pegawai terbabit terus menghubungi polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mohd Nashir Ya berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.02 malam.

"Warden penjara yang sedang bertugas memaklumkan seorang lelaki turun dari motosikal dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah balai pengawal dan menara kawalan.

"Motif kejadian sedang disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain