suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor Dan Suami Ditahan Atas Kematian Teman Serumah

JITRA: Sepasang suami isteri ditahan reman tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang wanita berusia 21 tahun yang disyaki didera secara fizikal di Taman Gemilang, di sini semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli di Mahkamah Jitra terhadap suspek lelaki yang bekerja sebagai ejen insurans dan isterinya yang bekerja sebagai doktor perubatan.

Nurul Syahirah Ishak
Kedua-dua mereka masing-masing berusia 43 dan 28 tahun.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, Nurul Syahirah Ishak disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang semalam selepas disyaki didera suspek lelaki terbabit.

Mangsa tinggal bersama pasangan suami isteri terbabit bersama bayi mereka yang berusia enam bulan di Taman Gemilang, Jitra.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain