suria

Dr Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Proton

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuat kuasa pada Khamis.

Menurut pejabat bekas perdana menteri itu dalam satu kenyataan pada Khamis, surat perletakan jawatan telah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar pada Rabu.

"Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuat kuasa 30 Mac 2016.

"Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), juga berkuat kuasa pada 30 Mac 2016. Keputusan beliau telah dimaklumkan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim," menurut kenyataan itu menerusi blog Dr Mahathir, chedet.cc

Tambah kenyataan itu, Dr Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Tioman (Tida).

Menurut kenyataan itu, Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai perletakan jawatan itu.


Artikel Lain