suria

Majlis Pengumuman Finalis APO2016 Meriah

PETALING JAYA: Majlis pengumuman finalis Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) berlangsung meriah dengan kehadiran selebriti dan personaliti tempatan yang berjaya mencipta nama menerusi medium digital.

Kehangatan majlis yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf penggiat industri hiburan dan personaliti gaya hidup dan bintang sukan isu diserikan dengan persembahan artis seperti Dayang Nurfaizah, Hazama, Ippo Hafiz dan Sufi AF 2015.

Sejak tempoh pencalonan dibuka bermula 3 Mac dan berakhir 30 Mac, APO2016 yang dijayakan portal mStar Online dan stesen radio Suria FM menerima 120,000 undian pencalonan.

Hafiz Suip sempat melayan permintaan peminat untuk bergambar.
Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut ialah Hafiz Suip, Janna Nick, Syamel AF2015 One Forteen.

Selain itu antara personaliti gaya hidup yang turut hadir ialah Chef Azli Razali, Chef Adu Amran, Chef Nik Michael, penulis blog Ben Ashaari serta ikon Instagram, Luqman Podolski.


Hadir sama ialah wakil pasukan Kelantan, wakil Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dan atlit pasukan memanah wanita negara.

APO2016 memperkenalkan 18 kategori anugerah membabitkan sembilan dalam sektorhiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.

Kategori kemuncak akan dikenali dengan nama Selebriti Terunggul APO2016.

Selebriti Terunggul APO2016 dipilih berdasarkan individu yang mendapat undian tertinggi pada keseluruhan kategori yang dipertandingkan.

Kemeriahan anugerah yang ditaja syarikat kosmetik Dnars itu dapat dilihat menerusi hashtag #APO2016 yang boleh diikuti menerusi Instagram, Facebook dan Twitter.
#APO2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain