suria

"Anda Tahu Ia Mengenai Apa" - Adenan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem melambaikan tangan selepas mengadakan perjumpaan dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya, Khamis. Pertemuan sebelum mesyuarat Kabinet negeri itu dipercayai bagi membincangkan beberapa perkara termasuk tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. -fotoBERNAMA
KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan sidang akhbar pada petang Khamis, sekali gus meningkatkan spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Adenan telah bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya di sini pada pagi Khamis sebagai kunjungan hormat sebelum mengadakan mesyuarat Kabinet negeri yang diadakan dua minggu sekali.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira satu jam.

Semasa meninggalkan kediaman itu, Adenan memaklumkan kepada pemberita yang menunggu di luar pintu gerbang bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 2 petang.

"Saya rasa anda tahu ia mengenai apa," katanya sebelum meneruskan perjalanan ke Wisma Bapa Malaysia untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Artikel Lain