suria

Penggubal Undang-Undang Tidak Boleh Persoal AG Secara Langsung

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata ahli-ahli Parlimen tidak boleh mempersoalkan Peguam Negara (A-G) secara langsung, melainkan terdapat wakil yang dipilih atau dilantik.

Jelas beliau, A-G perlu menjadi ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara untuk membolehkan beliau disoal oleh ahli-ahli Parlimen.

Ia selaras dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat 20 dan 21, perenggan (1) dan (2)  yang membolehkan soalan hanya diajukan kepada menteri-menteri, ahli parlimen atau senator,  jelasnya menjawab soalan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen sama ada Peguam Negara perlu menjawab kepada parlimen.

Leong juga bertanya sama ada kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menilai keputusan yang dibuat oleh A-G.

Sebagai tindak balas soalan itu, Nancy berkata Perlembagaan memberi kuasa mutlak kepada A-G yang tidak boleh dipersoalkan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipersoal selepas membuat penjelasan bahawa Perdana Menteri tidak ada sebarang salahlaku dalam sumbangan politik berjumlah RM2.6bil dan isu SRC International sebanyak RM42 juta. 

Artikel Lain