suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MHB Lantik Wan Mashitah Sebagai Pemangku CEO

KUALA LUMPUR: Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) telah melantik Ketua Pegawai Kewangannya, Wan Mashitah Wan Abdullah Sani sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mulai 1 Mei 2016.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, MHB berkata, Pengarah Urusan dan CEO, Datuk Abu Fitri Abdul Jalil, akan melepaskan jawatannya pada 30 April 2016 apabila kontraknya dengan MHB berakhir pada hari berkenaan. 

MHB adalah anak syarikat 66.5 peratus milik MISC Bhd, di mana ia pula adalah anak syarikat 62.67 peratus milik Petronas. Wan Mashitah menyertai MISC pada 2002, sebelum dilantik sebagai CFO MHB pada30 Jun 2010.-Bernama

MHB

Artikel Lain