suria

Adun DAP Minta Guan Eng Bercuti

Teh Yee Cheu

GEORGE TOWN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP memberitahu setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng supaya bercuti sehingga kontroversi pembelian banglonya di Jalan Pinhorn diselesaikan.

Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu berkata, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, perlu mengikut nasihat yang diberikan oleh orang lain dan mempertimbangkan pilihan supaya bercuti kerana sebelum ini DAP lantang menggesa pihak lain untuk melakukan perkara yang sama.

"Kita mesti memimpin melalui teladan apabila meminta orang lain untuk melakukan perkara yang sama," kata Teh ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataannya meminta Lim untuk pergi bercuti.

"Saya berkata demikian (meminta Lim pergi bercuti) dalam temu bual itu tetapi ia hanya mengulangi seruan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga dan lain-lain yang meminta Ketua Menteri untuk pergi bercuti.

"Kredibiliti parti yang dipertaruhkan," kata Teh.

Lim Guan Eng, DAP

Artikel Lain