suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekumpulan Pemandu Teksi Lancar Mogok Di Bukit Bintang

Sekumpulan pemandu teksi mengadakan mogok di Jalan Bukit Bintang pada Selasa. Foto twitter @amarshahello

PETALING JAYA: Sekumpulan pemandu teksi pada Selasa melancarkan mogok di Bukit Bintang bagi membantah perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Protes di Jalan Bukit Bintang berhadapan Hotel Grand Millennium dan berdekatan pusat membeli-belah Fahrenheit 88 dan Pavilion itu mengakibatkan kesesakan teruk.

Bantahan yang bermula kira-kira pukul 11 pagi itu dibuat oleh puluhan pemandu teksi yang sengaja menutup Jalan Bukit Bintang.

Puluhan pemandu teksi sengaja menutup Jalan Bukit Bintang sebagai tanda protes. Foto twitter @bernamadotcom

Menurut The Star Online, pihak polis mengadakan pertemuan dengan ketua kumpulan bantahan itu pada pukul 11.30 pagi dengan menasihatkan kesemua mereka supaya bersurai.

Antara yang ditahan polis ialah Timbalan Presiden Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain.

"Kami di sana bagi membantah Uber dan GrabCar," kata Kamaruddin kepada The Star menerusi telefon semasa beliau dibawa polis.

Kamaruddin berkata, beliau bukan penganjur protes tetapi berada di sana bagi menyokong perhimpunan itu.

Beliau berkata, tiga lagi pemandu teksi turut ditahan.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, mereka menyedari mengenai isu itu dan akan mengeluarkan kenyataan media.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain