suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Ditemui Di Tali Air

KOTA BAHARU: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa lemas, ditemui di tali air di Kampung Padang Kiat, Sering di sini, Isnin.

Mangsa, Malek Sulaiman, 47, yang berasal dari Kampung Wakaf Aik, Tawang, Bachok, ditemui terapung di tali air itu pada pukul 7.50 pagi oleh penduduk kampung.

Pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Insp Zamzuri Jamil berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan dipercayai mati lemas setelah terjatuh ke dalam tali air itu bersama motosikal yang ditunggangnya.

"Tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa dan polis percaya lelaki itu meninggal dunia lebih daripada sehari," katanya ketika dihubungi di sini.

Zamzuri berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk bedah siasat.

Artikel Berikut

Artikel Lain