suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir 90,000 Rakyat Malaysia Miliki Lesen Bawa Senjata Api

KUALA LUMPUR: Seramai 89,771 rakyat Malaysia mempunyai lesen untuk membawa senjata api yang terdiri daripada senapang dan pistol.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah pengeluaran lesen itu adalah sehingga 31 Disember tahun lepas.

"Daripada jumlah ini, 12,917 lesen adalah bagi pistol, 1,789 untuk revolver dan 2,243 adalah senapang," katanya menerusi jawapan bertulis kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata lesen senapang patah adalah yang paling banyak dikeluarkan iaitu 63,145 manakala 7,731 lesen adalah bagi jenis pump guns.

Berhubung langkah mencegah penyeludupan senjata api, Dr Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan) dan Kanun Keseksaan untuk menangani isu ini.

Beliau berkata operasi polis di bawah 'Ops Cantas' dan pemantauan di kawasan sempadan dan pintu masuk ke negara ini juga membantu membendung aktiviti penyeludupan senjata api.

Senjata Api

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain