suria

4 Stesen Baharu LRT Beroperasi Khamis Ini

PUCHONG: Empat lagi stesen baharu Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Ampang membabitkan stesen IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri akan mula beroperasi Khamis ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, pembukaan stesen baharu itu menjadikan lapan daripada 11 stesen baharu di bawah Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP) laluan Ampang akan beroperasi sepenuhnya.

"Baki tiga lagi stesen iaitu Puchong Perdana, Puchong Prima dan Putra Heights dijangka siap dan beroperasi menjelang Jun depan," katanya pada sidang media Taklimat LEP laluan Ampang di sini, Isnin.

Pada 31 Oktober tahun lalu, LEP laluan Ampang dibuka secara rasmi apabila stesen Awak Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5, mula beroperasi.

LRT, Prasarana

Artikel Sebelum

Artikel Lain